2 Disember 2013 - 20:30
Kepala pegikut mazhab Syiah digantung

Pengganas Wahabi membunuh seorang pesara yang baru masuk Syiah dan menggantung kepalanya di sebuah jambatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pesara tentera laut yang baru masuk Syiah telah dibunuh dan kepalanya ditemui tergantung pada jambatan Sohrab Goth, Buffer Zone, Jumaat lalu.

Mangsa yang bernama Saleem Raza Qaimkhani, berusia 40 tahun dibunuh kumpulan pengganas Wahabi Deobandi di dalam rumahnya, di Sector 16-4, Buffer Zone. Pihak polis turut menemui mesej di kepala mangsa yang tertulis 'Ini adalah pembalasan terhadap insiden Rawalpindi'.

Kata salah seorang pegawai polis, "Mangsa dibunuh dengan kejam dan kepalanya dipotong untuk ditayangkan pada jambatan tersebut. Pembunuhan dipercayai bermotifkan dendam."

Kepala Syahid Qaimkhani tergantung di jambatan

Pasukan Polis sedang memeriksa rumah mangsa.

Sebelum masuk Syiah, Sahid Salim Ridha Qaimkhani merupakan seorang ahli sufi dan amat mencintai Ahlul Bait (a.s). Rumah beliau yang dihiasi bendera 'Ya Abbas' dan 'Ya Husain' menyebabkan golongan Wahabi tidak sedang hati.